Mutiara Kata

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam...
Tidak Sempurna Islam Tanpa Syariah...
Tidak Tegaknya Syariah Tanpa Daulah Khilafah...

24 Julai 2010

Seruan wakil Pemuda HTM 28 rejab Masjid Jamek bandar Sandakan

Wahai Kaum Muslimin! Hari ini Hizbut Tahrir ingin mengingatkan kalian bahawa kira-kira 89 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 28 Rajab 1342H bersamaan dengan 3 Mac 1924M, kaum kuffar penjajah yang diketuai oleh British, dengan bantuan penguasa pengkhianat Arab dan Turki telah berjaya menghapuskan Daulah Islam (Daulah Khilafah), sebuah Negara Islam yang di asaskan oleh Rasulullah dan para sahabat yang kita cintai. Pengkhianat pada waktu itu, Mustafa Kamal la’natullah, telah mengumumkan berakhirnya pemerintahan Khilafah di Istanbul, mengepung Khalifah Abdul Majid II serta mengusirnya pada pagi hari tersebut. Demikianlah apa yang berlaku. Telah terjadi satu goncangan yang dahsyat di negara umat Islam dengan runtuhnya Daulah Khilafah, sebuah institusi gergasi politik umat Islam yang telah memayungi dunia selama lebih 1300 tahun. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kekuatan, tipu daya, kelicikan dan agen-agen mereka bagi memastikan Daulah Khilafah tidak akan muncul kembali.
Sejak jatuhnya Khilafah, selain serangan pemikiran yang bertubi-tubi dilancarkan oleh Barat, mereka juga telah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka menjajah, membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya. Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan polis dan tentera yang ada di tangan mereka untuk menghalang tegak kembalinya Daulah Khilafah. Mereka mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim. Dengan undang-undang kufur yang diterapkan oleh penguasa zalim ini, para pejuang Khilafah dihalang, ditangkap dan diseksa, manakala para pejuang sekular dan para pelaku maksiat dibiarkan merajalela. Demikianlah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam semasa berada di bawah kekuasaan Khilafah.
Wahai Kaum Muslimin! Hizbut Tahrir menyeru kalian tanpa henti dan tanpa jemu untuk menegakkan Khilafah kerana sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib, malah ia merupakan kewajipan yang paling agung kerana hanya dengan Khilafah sahajalah, kesemua hukum-hukum Allah dapat diterapkan secara kaffah (sempurna dan menyeluruh). Sedarlah wahai umat Muhammad bahawa sejak runtuhnya Khilafah 89 tahun yang lalu, para penguasa umat Islam telah mencampakkan Al-Quran dan Sunnah dari pemerintahan dan mereka memaksakan sistem sekular warisan penjajah kuffar ke atas kalian. Justeru, bagaimana mungkin rahmat dan kemuliaan akan tercurah ke atas kalian apabila hukum kufur, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kalian? Bagaimana mungkin kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila hukum Allah dan Rasul disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kalian telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan tatkala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad SAW, Nabi yang terakhir dan imam para pejuang.
Generasi pendahulu kalian mewarisi pemerintahan dunia dari Rasulullah SAW dan menjadi para khalifah yang memerintah dunia dengan Islam. Nenek moyang kalian wahai saudaraku, adalah para Khulafa’ al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluk dunia demi menegakkan agama Allah. Kalian adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalian adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya. Kalian adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom. Kalian adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam. Beliau menjawab dengan berkata “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.
Kalian adalah anak cucu Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang menghentak tentera Salib dan beliau dimuliakan oleh Allah dengan menjadi pembebas Baitul Maqdis. Kalian adalah anak cucu Sultan Qutuz dan Baybars penghancur bangsa Tartar. Kalian adalah anak cucu Muhammad al-Fatih, seorang pemimpin muda yang telah dimuliakan oleh Allah dengan pujian Rasulullah selaku penakluk Konstantinopel. Kalian adalah anak cucu Khalifah Sulaiman al-Qanuni yang diminta bantuan oleh Perancis pada kurun ke-16 ketika Rajanya ditawan dan mereka tidak menemukan kekuatan yang setimpal yang dapat memberikan perlindungan kepadanya melainkan Khilafah Islam. Kalian adalah anak cucu Khalifah Salim ke-3 yang pada zamannya, Amerika membayar cukai tahunan kepada walinya di Algeria sebanyak 642,000 dolar (harga emas) dengan penambahan 12,000 lira emas Utsmani, sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean.  Kalian adalah anak cucu Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi laknatullah kepadanya untuk membeli tanah Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur, “Simpanlah wang kamu wahai yahudi...sesungguhnya tertancapnya pisau bedah di dadaku adalah lebih ringan buatku daripada aku melihat Palestin terpisah dari Daulah Khilafah”.
Inilah nenek moyang kalian wahai kaum Muslimin, dan demikianlah apa yang telah mereka lakukan. Maka ikutilah kebenaran yang telah mereka lalui ini. Kembalilah kepada kemuliaan yang telah mereka usahakan dan usahakanlah kemuliaan ini. Sesungguhnya Hizbut Tahrir bergerak ke arah kemuliaan ini. Hizbut Tahrir bekerja siang dan malam untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah. Dalam perjuangan ini, pelbagai halangan dan rintangan yang telah dan sedang ditempuh oleh Hizbut Tahrir, bahkan hingga melibatkan kematian anggota-anggotanya kerana dibunuh oleh penguasa kejam di seluruh dunia. Pemerintah Muslim yang kejam ini tidak pernah berhenti menghalang setiap pergerakan Hizbut Tahrir dengan menggerakkan seluruh polis perisikan mereka untuk memantau dan menangkap anggota Hizbut Tahrir yang sedang berjuang. Namun, Hizbut Tahrir tetap yakin dan mengimani janji Allah bahawa kemenangan pasti akan tiba jua dengan tertegaknya Daulah Khilafah untuk kedua kalinya. Betapa besarpun pasukan perisikan yang digerakkan oleh pemerintah yang zalim ini, usahlah kalian takut dan gentar di dalam perjuangan ini wahai saudaraku, kerana demi sesesungguhnya Special Branch (SB) ini tidak akan mampu menghalang orang-orang Mukmin dari menegakkan kebenaran. Mereka mungkin dapat menghalang tubuh badan kita, namun mereka sekali-kali tidak akan dapat menghalang agama Allah dari ditegakkan! Amat kejilah perbuatan mereka yang menghalang orang yang bersungguh-sungguh berjuang menegakkan agama Allah, dan semoga Allah menghina mereka dengan sehina-hinanya, di dunia dan akhirat.
Wahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya kalian mempunyai kekuatan dan sesungguhnya negara kafir penjajah hanya kelihatan kuat tetapi hakikatnya mereka itu amat lemah. Mereka memiliki senjata-senjata yang hebat tetapi tentera yang takut mati. Secanggih mana sekalipun senjata tanpa pejuang yang berani akan pastinya lemah di hadapan sekelompok kaum Mukmin yang berjuang mengharapkan syahid di jalan Allah. Bukti kelemahan mereka terpampang jelas di depan mata kita. Kematian dan kekalahan saban hari menjemput tentera Amerika di Iraq, begitu juga di Afghanistan. Israel pula dengan kehebatan senjata yang mereka miliki langsung tidak dapat mengalahkan sekelompok kecil dari pejuang Islam. Hakikatnya, kecanggihan senjata fizikal semata-mata tidak dapat menentukan kejayaan dalam peperangan menentang umat Islam. Umat ini, meskipun hanya memiliki persenjataan yang sedikit, namun mereka ada aqidah yang ‘hidup’, yang benar, yang menggerakkan mereka dengan kekuatan yang luar biasa. Amerika dan tenteranya hanya bagaikan sebuah batu keras yang diguna untuk memecahkan, namun ia pecah sebelum ia memecahkan. Inilah janji Allah bahawa kaum kuffar akan pasti dikalahkan. Firman Allah,

“Berapa banyak (yang pernah terjadi) jumlah yang sedikit berjaya mengalahkan jumlah yang banyak dengan izin Allah”
[TMQ al-Baqarah (2):249].

Situasi antarabangsa pada hari ini semakin menzahirkan kelemahan dan kebinasaan musuh-musuh Allah ini. Rusia adalah ibarat singa tua yang cuba bangkit. Di Eropah, Perancis masih berusaha mencari jalan untuk memantapkan pengaruh. Britain yang nampak seakan kuat, hanya merupakan seekor musang (cerdik tetapi jahat) yang lemah. Negara-negara kufur yang nampak kuat ini sebenarnya sudah tidak sehaluan dan ketidaksehaluan ini akan pasti menyebabkan mereka terus berpecah dan akan terus melemah. Manakala bagi negara Yahudi, urusannya adalah lebih mudah. Hidupnya hanya bergantung kepada negara lain. Jika Barat tidak membantunya dan yang lebih penting, jika tidak wujud pengkhianatan para pemerintah di negara-negara umat Islam sebagai boneka Barat, maka urusan kaum Yahudi ini telah lama selesai. Percayalah wahai kaum Muslimin! Bahawa sesungguhnya negara-negara kuffar ini sedang menggali kubur masing-masing. Kehancuran mereka hakikatnya berada di tangan kalian, kerana kalian selaku umat yang terbaik sahajalah yang paling berhak untuk menghancurkan mereka. Cuma kini, halangan yang ada hanyalah pada pemerintah sekular yang masih berkuasa dengan segala kejahatannya. Demi sesungguhnya, dengan izin Allah kita pasti akan dapat mengalahkan Amerika, Yahudi dan sekutu-sekutu mereka, apabila penguasa umat Islam yang sekular ini jatuh dari takhtanya dengan tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi.

Wahai kaum Muslimin! Negara-negara kufur pimpinan Amerika kelihatan kuat kerana buat masa ini, para penguasa pengkhianat di kalangan umat Islam masih mengurung dan merantai tentera-tentera Islam yang mereka miliki. Jika tentera ini dilepaskan pun, mereka hanya dilepaskan untuk berkhidmat kepada organisasi kufur PBB yang hakikatnya berada di bawah telunjuk Amerika. Para tentera kaum Muslimin sebenarnya perlu sedar dan bangkit bahawa mereka sebenarnya wajib melancarkan perang terhadap musuh-musuh Allah yang tidak pernah berhenti memerangi kaum Muslimin. Mereka perlu bertanya untuk apa mereka menjadi tentera jika tidak untuk mengejar dan mengecapi kenikmatan syahid di jalan Allah dan meraih syurga Allah di akhirat kelak. Mereka perlu sedar bahawa inilah peranan dan tugas mulia mereka. Mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya kuat, hanya pemimpin yang ada sahajalah yang telah merantai kekuatan mereka. Sesungguhnya tentera kaum Muslimin adalah tentera-tentera Allah yang apabila mereka berjuang, Allah dan malaikat akan bersama mereka dan membantu mereka.

Demi sesungguhnya, apabila Khilafah telah tertegak nanti, maka Khalifah akan menggerakkan bala tentera ini menuju salah satu dari dua kemuliaan – kemenangan atau syahid di jalan Allah. Dengan turunnya tentera-tentera Allah ini ke medan tempur dengan diiringi oleh para malaikat, maka Insya Allah kemenangan pastinya akan berpihak kepada umat Islam. Pada ketika ini, kita akan menyaksikan kegerunan dan ketakutan menyusup masuk ke tubuh tentera-tentera kuffar. Kita akan menyaksikan kemusnahan dan kebinasaan menimpa tentera-tentera kuffar dan kita akan menyaksikan kekalahan serta maut menjemput mereka satu demi satu. Dengan berperangnya tentera Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah dan bertempurnya tentera Islam di bawah bendera dan panji-panji “La ilaha illallah Muhammad Rasulullah”, maka Insya Allah bumi umat Islam akan dibebaskan satu per satu oleh sang Khalifah. Palestin dan Iraq akan dibebaskan, begitu juga Afghanistan, Kahsmir, Bosnia, Selatan Thai dan lainnya. Insya Allah, seluruh dunia Islam akan diselamatkan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan yang diberkati Allah. Di kala ini, maka akan terbebaslah saudara-saudara kita dari belenggu negara-negara kafir penjajah, akan keluarlah kita semua dan saudara-saudara kita dari segala cengkaman sekular dan kekufuran. Dan akan berakhirlah segala penderitaan dan kesengsaraan. Dengan bersatunya negara-negara kaum Muslimin di bawah Khilafah, maka akan lenyaplah segala kebatilan dan akan zahirlah agama Allah di muka bumi ini.

Bersegeralah wahai kaum Muslimin, ayuhlah wahai mereka yang memiliki pengaruh dan kekuatan, bergabunglah dengan dakwah untuk menegakkan Khilafah ini dan berilah nusrah (bantuan kekuasaan) kepada kami untuk menerapkan Islam. Berjuanglah untuk mendirikan Khilafah bersama Hizbut Tahrir dan janganlah hendaknya kalian hanya menjadi penonton semata-mata dan bertepuk tangan setelah ianya berdiri. Janganlah kalian melepaskan peluang yang mulia ini sebelum tibanya hari kemenangan kerana sesungguhnya perjuangan kalian untuk menegakkan agama Allah sekarang tidaklah setanding dengan perjuangan kalian setelah tertegaknya Negara Khilafah. Firman Allah SWT,

“Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan. Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu..”
[TMQ Al-Hadid (57):10].

Wahai Kaum Muslimin! Ini adalah seruan dari Hizbut Tahrir buat kalian, untuk memperlihatkan, mengingatkan dan memberikan khabar gembira. Untuk memperlihatkan kepada kalian kemuliaan yang kalian miliki pada suatu masa dahulu ketika Khilafah masih berdiri dan kehinaan yang sekarang ini menimpa kalian setelah lenyapnya Khilafah. Untuk mengingatkan kalian bahawa kalian berupaya untuk menumbangkan penguasa sekular yang zalim dan berupaya mengalahkan kaum kuffar penjajah. Bahkan kalian dengan izin Allah akan kembali menjadi umat yang terkuat dan termulia di dunia ini, dengan mendirikan Khilafah dan seterusnya kalian akan mendapat keredhaan Allah serta kembali kepada kemuliaan. Oleh itu sertailah Hizbut Tahrir dalam usaha kami menegakkan Daulah Khilafah agar kalian memperoleh kebaikan dan ganjaran bersamanya. 

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya semua kemuliaan hanya akan dapat dicapai apabila kembalinya Daulah Khilafah, institusi politik agung umat Islam. Inilah yang telah dikecapi oleh orang-orang yang terdahulu dari kita di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Dan Insya Allah, inilah juga yang akan kita kecapi apabila kembalinya institusi agung pemersatu ummah ini. Tanah-tanah umat Islam akan dipenuhi keadilan hukum-hukum Allah dari tujuh petala langit. Al-Quran dan As-Sunnah akan kembali menjadi pengatur urusan hidup dan urusan negara. Segala kemuliaan yang hilang akan pasti kembali ke pangkuan kita. Cahaya kebaikan akan bergemerlapan, berseri dan memancarkan sinarnya menembusi seluruh alam. Bumi umat Islam akan diselimuti keberkatan dan rahmat dari Allah Azza wa Jalla. Ya, benar, semua itu akan terjadi tatkala Khilafah menaungi dunia untuk kedua kalinya. Dan kalian wahai saudaraku, di tangan-tangan kalian ada kuasa yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla untuk melantik dan membai’ah seorang Khalifah yang akan mengatur dunia ini dengan perintah dan laranganNya dan seterusnya akan mengembalikan kemenangan serta kemuliaan kepada kalian. Justeru, sedarlah wahai saudaraku! Ayuh, bangkit dan bergabunglah bersama barisan pemuda Hizbut Tahrir. Sesungguhnya Hizbut Tahrir ada di kalangan kalian dan bersama dengan kalian. Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya untuk terus menggembeling tenaga dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membawa risalah Allah dan meminta nusrah (bantuan kuasa) bagi mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah al-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah. Kepada Allah kami memohon dan hanya kepadaNya kami berlindung. ALLAHU AKBAR!

Ya Allah! Saksilah bahawa sesungguhnya kami telah menyampaikan.

12 Jun 2010

SERUAN DI MASJID DAERAH SANDAKAN MEWAKILI SUARA HIZBUT TAHRIR MALAYSIA, BERHUBUNG SERANGAN TENTERA PENGGANAS REJIM ISRAEL KE ATAS MISI PENYELAMAT LIFE LINE FOR GAZA (LL4G)

Pada Jumaat lepas (04/06/10), Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan serentak di beberapa masjid di seluruh negara termasuklah wakil dari Sandakan bagi mengutuk kekejaman Israel ke atas misi kemanusiaa yang dihantar ke Gaza. Dalam seruan tersebut, HTM menyeru dan menyedarkan umat Islam bahawa kaum Yahudi laknatullah boleh mengganas dengan sewenang-wenangnya ke atas umat Islam khususnya dan ke atas manusia amnya, kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Pemimpin yang ada begitu pengecut dan senantiasa mengkhianati umat Islam dengan tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Gaza. Mereka memiliki tentera tetapi mereka tidak pernah menghantar tentera ini berjihad melawan Yahudi. Begitu juga para tentera umat Islam, mereka masih tetap tunduk patuh kepada para pemimpin sekular, bukannya tunduk patuh kepada perintah Allah dan Rasul agar keluar berjihad menentang musuh. Kerana itulah, Yahudi boleh mengganas dan melakukan kerosakan di muka bumi dengan begitu mudah kerana langsung tidak ada tentangan dari para tentera Islam dari negara mana sekalipun.

ASSALAMUALAIKUM WRWBT

TUAN-TUAN, SEMOGA DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT, KAMI YANG BERADA DI SANDAKAN INI MEWAKILI SUARA HIZBUT TAHRIR MALAYSIA, INGIN MENYAMPAIKAN SATU SERUAN BERHUBUNG SERANGAN TENTERA PENGGANAS REJIM ISRAEL KE ATAS MISI PENYELAMAT LIFE LINE FOR GAZA (LL4G) BARU-BARU INI. KAMI MENGHARAPKAN TUAN-TUAN SEKALIAN MENDENGAR SERUAN INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN JANGANLAH HENDAKNYA ADA, WALAU SEDIKIT KESOMBONGAN DI DALAM HATI TUAN-TUAN UNTUK TIDAK MAHU MENDENGAR SERUAN INI. INSYA ALLAH, SERUAN INI AKAN DISAMPAIKAN OLEH SAUDARA JAI,

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH
SEBAGAIMANA YANG KITA TELAH KETAHUI, BEBERAPA HARI LEPAS, TENTERA YAHUDI ZIONIS LA’NATULLAH TELAH MELAKUKAN SERANGAN KOMANDO KE ATAS KAPAL MAVI MARMARA YANG MERUPAKAN SALAH SEBUAH KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DALAM MISI ’FLOTILA PEMBEBASAN – LIFE LINE FOR GAZA (LL4G)’. SERANGAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN ITU DILAPORKAN BERLAKU PADA 31 MEI PUKUL 7.00 PAGI WAKTU MEKAH DI PERAIRAN ANTARABANGSA DAN TELAH MENGORBANKAN 19 NYAWA DI SAMPING MENCEDERAKAN BERPULUH YANG LAIN DAN RAMAI TELAH MENJADI TAHANAN TENTERA ISRAEL.SEMOGA ALLAH MELAKNAT REJIM ZIONIS DI ATAS KEJAHATAN MEREKA INI.
SEBAGAI SEORANG MUSLIM, KITA HENDAKLAH MENGUTUK TINDAKAN KEJAM TENTERA ISRAEL INI. HIZBUT TAHRIR, SEBAGAI SEBUAH GERAKAN ISLAM, JUGA MENGUTUK SERANGAN GANAS ZIONIS YANG DILAKUKAN KE ATAS KONVOI KEMANUSIAAN INI. NAMUN KAMI INGIN MENEGASKAN DAN MENYATAKAN PENDIRIAN KAMI BAHAWA, SEMUA INI BERLAKU KERANA BANTUAN KEMANUSIAAN YANG DIHANTAR KE GAZA TIDAK DIIRINGI OLEH BANTUAN KETENTERAAN DARI PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN, BAIK OLEH TURKI, MESIR, JORDAN PAKISTAN DAN LAIN2 TERMASUK MALAYSIA. HIZBUT TAHRIR INGIN MENYATAKAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA BANTUAN KEMANUSIAAN TIDAK AKAN BERERTI JIKA TIDAK DISERTAKAN DENGAN BANTUAN KETENTERAAN. APA ERTINYA PERUT PENDUDUK GAZA BERISI, JIKA PELURU ISRAEL TERUS MENEMBUSI PERUT-PERUT MEREKA? APA ERTINYA UBAT-UBATAN YANG MENYEMBUHKAN LUKA-LUKA MEREKA JIKA BOM-BOM ISRAEL TERUS MENGHANCURKAN TUBUH-TUBUH MEREKA?. APA ERTINYA KAIN SELIMUT YANG DIHANTAR JIKA IA AKHIRNYA HANYA AKAN MENYELIMUTI JENAZAH-JENAZAH MEREKA? INILAH YANG TELAH BERLAKU DAN SEDANG BERLAKU JIKA HANYA MISI KEMANUSIAAN DAN BUKANNYA MISI KETENTERAAN YANG DIHANTAR UNTUK MENYELAMATKAN GAZA.
TAKBIR (1X)
WAHAI KAUM MUSLIMIN
SESUNGGUHNYA PEMERINTAH KALIAN SUDAH TIDAK MENGHIRAUKAN NASIB UMAT ISLAM. MEREKA HANYA MEMPEDULIKAN PERUT-PERUT MEREKA SAHAJA. HARTA, WANG RINGGIT, PANGKAT, KEKAYAAN DAN KUASA – INILAH YANG MEREKA PEDULI DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH. APABILA UMAT ISLAM DIBUNUH, MEREKA HANYA MENGECAM, BOIKOT, MENGUTUK, MENGADAKAN MESYUARAT DAN SIDANG TERGEMPAR YANG KOSONG, YANG TIDAK PERNAH MENGHASILKAN APA-APA. MALAH LEBIH BURUK, MEREKA MENGHARAPKAN GOLONGAN KUFFAR UNTUK MENYELAMATKAN UMAT ISLAM. MEREKA MENGHARAPKAN PBB, SEBUAH BADAN KUFUR UNTUK MENYELAMATKAN UMAT ISLAM. APAKAH PEMIMPIN INI BEGITU JAHIL SEHINGGA MEREKA TIDAK TAHU BAHAWA PBB-LAH YANG TELAH MELAHIRKAN ISRAEL, DAN PBB-LAH YANG SELAMA INI TELAH MEMBESARKAN DAN MENJAGA ISRAEL!!! SEDARLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN, BAHAWA PBB HANYALAH SEBUAH BADAN KUFUR YANG DITUBUHKAN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.
SELAIN MENGHARAPKAN PBB, PEMERINTAH DAN SEBAHAGIAN DARI UMAT ISLAM JUGA MENGHARAPKAN OIC. HIZBUT TAHRIR INGIN MENYEDARKAN KALIAN WAHAI KAUM MUSLIMIN, BAHAWA OIC HANYALAH MERUPAKAN HIMPUNAN NEGARA-NEGARA ASOBIYAH (BANGSA) DAN WATHONIYAH YANG HANYA TAHU BERSIDANG! SETIAP KALI NYAWA UMAT ISLAM MELAYANG, SETIAP KALI ITULAH MEREKA BERSIDANG DAN MENGELUARKAN RESOLUSI KOSONG TIDAK BERMAKNA. DAN PERSIDANGAN MEREKA DIPENUHI KEMEWAHAN DAN LAYANAN V.I.P DAN MENDAPAT CLAIM YANG LUMAYAN PULA DARINYA. INILAH REALITI OIC DAN PEMIMPIN OIC YANG HANYA HANDAL BERMESYUARAT, HAKIKATNYA, MEREKA IBARAT TIN KOSONG YANG BERKARAT.
MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH
ISRAEL TIDAK PERNAH TAKUT KEPADA PBB KERANA PBB ADALAH PENJAGA MEREKA. ISRAEL JUGA LANGSUNG TIDAK KECUT DENGAN OIC KERANA MEREKA TAHU BAHAWA PEMIMPIN OIC KESEMUANYA PENGECUT DAN PENGKHIANAT. DAN ISRAEL LANGSUNG TIDAK GENTAR DENGAN BADAN-BADAN MISI KEMANUSIAAN. MEREKA LANGSUNG TIDAK TAKUT DAN MEREKA LANGSUNG TIDAK RISAU DENGAN ITU SEMUA.  TETAPI YAKIN DAN PERCAYALAH WAHAI KAUM MUSLIMIN! ISRAEL AKAN SUNGGUH-SUNGGUH TAKUT DAN KECUT JIKA TENTERA-TENTERA ISLAM DATANG KEPADA MEREKA ATAS NAMA JIHAD FI SABILILLAH!!!
TAKBIR (3X)
MALANGNYA WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU, TENTERA UMAT ISLAM HARI INI MEMILIH UNTUK MENTAATI PEMIMPIN SEKULAR, LEBIH DARI MEREKA MENTAATI ALLAH DAN RASUL. TENTERA UMAT ISLAM HARI INI, MEMILIH UNTUK BERGERAK DI BAWAH PANJI PBB, BUKANNYA PANJI ALLAH DAN RASUL. TENTERA UMAT ISLAM HARI INI, HANYA BERANI MENUNJUKKAN ’BELANG’ MEREKA PADA ACARA-ACARA RASMI NEGARA SAHAJA, DAN MEREKA HANYA BERPELUK TUBUH TATKALA MENYAKSIKAN SAUDARA-SAUDARA MEREKA DIRATAH DENGAN SEWENANG-WENANGNYA OLEH PUAK KUFFAR. INILAH HAKIKAT TENTERA KAUM MUSLIMIN YANG TIDAK LAGI MENGETAHUI UNTUK APAKAH MEREKA MENJADI TENTERA. JUSTERU, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYEDARKAN PASUKAN TENTERA KITA BAHAWA MEREKA WAJIB BERJIHAD FI SABILILLAH UNTUK MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA KITA YANG SEDANG DIPERANGI OLEH MUSUH DAN MEREKA HENDAKLAH MENGENGKARI PEMERINTAH SEKULAR YANG TELAH MEMENJARA DAN MEMANDULKAN MEREKA SELAMA INI. SESUNGGUHNYA KEKUATAN ADA PADA MEREKA DAN APABILA MEREKA BERPERANG, ALLAH AKAN PASTI MEMBANTU MEREKA.
TAKBIR (1X)
WAHAI KAUM MUSLIMIN
REJIM ISRAEL SEKARANG BOLEH MEMBUNUH UMAT ISLAM DENGAN BEGITU MUDAH KERANA TIDAK ADANYA PEMBELAAN DARI SEORANG PEMIMPIN MUSLIM PUN. SESUNGGUHNYA KITA SUDAH TIDAK MENGHARAPKAN PEMIMPIN YANG ADA HARI INI UNTUK MENYELAMATKAN UMAT ISLAM. MEREKA BERSENANG LENANG TATKALA UMAT BERSUSAH PAYAH, MEREKA KAYA RAYA TATKALA UMAT PAPA-KEDANA, MEREKA BAHAGIA-GEMBIRA TATKALA UMAT DERITA-SENGSARA, MEREKA BERPELUK TUBUH TATKALA UMAT ISLAM DIBUNUH. DEMI ALLAH! DEMI ALLAH DAN RASULNYA, KITA PERLU MEMBUANG PEMIMPIN INI DAN KITA SEKARANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN SEORANG KHALIFAH UNTUK MENJADI KETUA KAUM MUSLIMIN YANG AKAN MEMBELA UMAT ISLAM, YANG AKAN MEMIMPIN, MELINDUNGI DAN MENJAGA HARTA, DARAH DAN NYAWA KAUM MUSLIMIN.
TAKBIR (1X)
MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH
HIZBUT TAHRIR MENYERU KALIAN YANG ADA AKIDAH ISLAM AGAR BERUSAHA BERSAMA-SAMA KAMI UNTUK MENEGAKKAN KEMBALI DAULAH KHILAFAH AR-RASYIDAH ALA MINHAJ NUBUWWAH YANG BILA TERTEGAKNYA INSTITUSI POLITIK AGUNG UMAT ISLAM INI, KHALIFAH PASTI AKAN MENGHANTAR TENTERA UNTUK MENYELAMATKAN SAUDARA-SAUDARA KITA DAN MEMBEBASKAN KESELURUHAN NEGERI UMAT ISLAM DARI CENGKAMAN PENJAJAH KUFFAR. YAKINLAH WAHAI SAUDARA, HANYA DENGAN KHILAFAH SAHAJALAH, NASIB SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA AKAN TERBELA DAN HANYA DENGAN KHILAFAH SAHAJALAH, UMAT ISLAM AKAN KEMBALI MENJADI UMAT YANG MULIA..
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH (3X)
TAKBIR (3X)
 WASSALAMUALAIKUM WRWBT

Seminar HTM Jelajah Malaysia 2010 " KEMBALIKAN KHILAFAH, SELAMATKAN DUNIA" Berada di Sandakan Bumi Bawah Bayu


Pada 23 MEI, team Seminar HTM Jelajah Malaysia 2010 bergerak ke Sandakan untuk mengadakan seminar yang bertajuk “KEMBALIKAN KHILAFAH, SELAMATKAN DUNIA” setelah selesai mengadakan seminar di Tawau kemarin. Seminar ini yang pada asalnya sepatutnya diadakan di Masjid Daerah Sandakan, telah dibatalkan oleh pihak masjid di saat-saat akhir setelah mendapat tekanan hebat dari ‘tangan-tangan ghaib’ pihak yang cuba memadamkan cahaya Allah. Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi makar jahat mereka di mana seminar ini akhirnya berjaya di adakan di Dewan Perpustakaan Wilayah Sandakan.

Kami menghadapi sedikit kesukaran untuk memaklumkan (di saat akhir) kepada hadhirin yang agak ramai hadir di Masjid Daerah Sandakan dan sebahagian dari mereka amat kecewa dengan pihak masjid yang tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu, walhal apa yang dianjurkan oleh HTM hanyalah sebuah seminar, bukannya demonstrasi ganas, rusuhan dan sebagainya.

Oleh kerana masalah ini, seminar telah bermula agak lewat sedikit dari jadual tapi segalanya berjalan lancar dengan izin Allah. Seminar ini dibentangkan oleh dua ahli panel, yang pertama Ustaz Umar Hussein selaku Timbalan Presiden HTM dan yang kedua Ustaz Abdul Hakim selaku Presiden. Seminar ini juga disajikan dengan tayangan Video, Pameran Khilafah, Jualan, dan Jamuan ringan.

Pembentangan ahli panel pertama Ustaz Umar Hussein tentang bagaimana Islam  menguasi Dua per Tiga Dunia bermula dengan Daulah (negara) Islam yang pertama di Madinah dan hancurnya Khilafah yang terakhir iaitu khilafah Utsmaniah di Turkey pada 3 MAC 1924 yang mana dahulunya negara Islam yang SATU dan umat Islam bersatu dan akhinya berpecah-belah menjadi 57 buah negarabangsa yang lemah bagaikan buih berterbangan dilautan.

Pembentangan ahli panel yang kedua Ustaz Abdul Hakim yang mana Islam akan kembali MENANG menjadi rahmatan lil alamin dengan Khilafah mengikut jalan keNabian yang telah dijanjikan Allah S.W.T dan telah dikhabar gembirakan oleh Rasulullah S.A.W. yang mana kaum muslimin akan berlindung dibelakang khalifah dan berjihad bersama-sama khalifah untuk menyebar luas syiar Islam. Khilafah kedua kali ini adalah kewajiban yang dijanjikan Allah S.W.T dan ini sahajalah  solusi yang benar bagi kaum muslimim saat ini yang wajib ditempuh dan diperjuangkan walau nyawa meninggalkan jasad sekalipun.

Dalam tayangan  video mengisahkan tentang sampai bila penderitaan umat Islam di seluruh dunia setelah Kafir mengusai dunia hari ini dan  bagaimana hizbut Tahrir memahami  bahawa masalah ini akan selesai  setelah kembalinya kehidupan Islam dengan menegakan kembali Daulah Khilafah ala Minhaj Nubuwah sebagai super power. Dan Hizbut Tahrir bergerak ditengah-tengah umat di  seluruh dunia dengan menyampaikan idea-ideanya kepada umat agar umat bergerak besama-sama Hizbut Tahrir untuk menegakkan kembali KHILAFAH ALA MINHAJ NUBUWAH sebagai suatu wadah perjuang antara hidup dan mati umat Islam.


Pengerusi memulakan majlis dengan menjeput saudara Rizman untuk bacaan Al-Quran dan setelah selesai menjemput kedua-dua ahli panel dan memperkenalkan kepada hadirin.


Alhamdulillah sambutan amat baik dari hadhirin walaupun ada yang lewat sampai kerana telah terlebih dahulu pergi ke lokasi asal di masjid daerah. Dari kehadiran peserta ke seminar ini, khususnya golongan pemuda dan pemudi Islam di sekitar Sandakan telah membuktikan bahawa seruan Khilafah sudah mula diterima dan disahut oleh penduduk negeri di bawah bayu ini.


Para hadirin seminar khusyuk mendengar pembentangan dari salah seorang panel yang kedua iaitu Ustaz Abdul Hakim. Beliau membentangkan Islam yang dahulunya pernah menguasai Dua per Tiga Dunia dengan Khilafah dan sekarang pula, bagaimana Islam akan menguasi di seluruh pelosok dunia dengan Khilafah


Setelah selesai panel pertama membentang pembentangannya disusuli pula dengan tanyangan video dan setelah selesai, seminar berhenti rehat dengan sajian jamuan ringan dan pameran khilafah. Para hadirin khusyuk melihat pameran khilafah terutama para golongan pemuda kerana ramai kalangan mereka yang masih kabur akan Daulah Khilafah. 


Dari persoalan yang dikemukan semasa sesi soal jawab, jelas menggambarkan bahawa umat Islam yang hadir begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Hizbut Tahrir dan Khilafah iaitu sebuah super power yang pernah memayungi dunia Islam selama lebih 1400 tahun lamanya. 

Seminar diakhiri dengan pembacaan doa oleh saudara Rizman.

11 Jun 2010

Palestin tidak memerlukan kemerdekaan dari Israel dengan membentuk Negara Bangsa yang kecil sebesar Gaza dan Tebing Barat

Palestin tidak memerlukan kemerdekaan dari Israel dengan membentuk Negara Bangsa yang kecil sebesar Gaza dan Tebing Barat yang akhirnya akan terus memperkukuhkan lagi perpecahan umat Islam seluruh dunia yang kini sudah terpecah menjadi 57 buah negara-negara yang kecil dan lemah. Palestin tidak memerlukan bendera kebangsaan yang menaikkan lagi semangat bangsa sedangkan Islam melarang tegas semangat memperjuangkan bangsa. Bendera Rasulullah saw dan umat Islam hanyalah bendera berkalimat Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah! Rasulullah saw hanya memperjuangkan Islam sepanjang hayatnya, bukan bangsa arab. Rasulullah saw bersabda:

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna Putih, sedangkan panji beliau warnanya Hitam." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.
Al-Liwah (bendera)

Ar-Royah (Panji)
Yang Palestin perlukan ialah kesedaran daripada seluruh umat Islam akan pentingnya kesatuan didalam sebuah negara yang akan menggabungkan kekuatan ekonomi, politik, dan sumber tenaga, dan militer sehingga kepakaran dan tenaga 1.57 bilion umat Islam ini dapat digunakan untuk memerangi kaum kuffar, 70% minyak yang berada ditangan umat Islam ini dapat disekat daripada dihadiahkan kepada kaum kuffar. Umat Islam tidak akan dapat bersatu dibawah OIC yang hanya mengutuk tanpa ada apa-apa tindakan. Malah penubuhan OIC itu direstui oleh Amerika kerana dengan adanya OIC, umat Islam tetap akan terpecah menjadi 57 negara kecil yang hanya mementingkan bangsa mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin mereka tidak akan pernah peduli soal umat Islam di Iraq, Afghanistan, Kashmir, Thailand, Chechnya kerana sibuk mempertahankan sempadan bangsa yang telah dihadiahkan oleh penjajah kuffar! Itulah amanat yang diberikan oleh penjajah kuffar kepada pemimpin-pemimpin yang menjadi agen mereka untuk terus mempertahankan perpecahan kaum muslimin sekiranya masih mahu tetap berkuasa! Sungguh mereka telah menjual umat Islam kepada musuh-musuh Allah kerana manfaat kuasa yang ada pada mereka!

Yang diperlukan saudara-mara kita di Palestin saat ini bukanlah sumbangan duit, pakaian, ubat, doa, bacaan puisi, konsert nyanyian untuk mereka dan pemboikotan barangan yahudi. Tetapi yang benar-benar diperlukan oleh mereka saat ini ialah bantuan ketenteraan daipada saudara-mara mereka sehingga darah dibalas dengan darah! peluru dibalas dengan peluru! Kekuatan tentera harus dibalas dengan tentera juga! Bukannya darah dibalas dengan konsert! darah dibalas dengan ubat! Pemikiran seperti apakah ini???!!! Ibaratnya seperti seorang anak kecil yang dibuli oleh seorang pembuli dan hanya dilihat oleh 57 rakan-rakannya. Rakan-rakannya datang dan memberikan duit kepada anak kecil itu agar dapat membeli baju baru yang telah dikoyakkan oleh pembuli itu. Datang lagi seorang rakan memberikan ubat untuk mengubati luka yang diakibatkan oleh pembuli yang tidak berperikemanusiaan itu. Apakah ini yang diperlukan oleh anak kecil itu! Kemudian anak kecil itu berteriak, "Hey! Mengapa kamu semua diam melihat aku dibelasah sehingga berdarah-darah??? Bukankah bilangan kamu ramai??? Sekiranya kamu semua berpakat membelasah pembuli ini nescaya kau tidak akan terus sengsara sebegini!!!" Inilah teriakan saudara kita di Palestin saat ini.

Mereka pada saat ini ingin sekali agar umat Islam kembali bangkit menegakkan sebuah Negara yang benar-benar menerapkan Islam yang akan menegakkan salah satu hukum Islam yang telah lama ditinggalkan iaitu Jihad. Negara itu ialah Daulah Khilafah Islamiyah Ar-Rasyidah yang berjalan diatas minhaj kenabian. Hanya Negara ini yang dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas akan membebaskan kembali umat Islam yang berada di Palestin dan dibelahan dunia Islam yang lain. Maka bangkitlah umat Islam! Kalian diharamkan sekali-kali memperjuangkan bangsa kalian! Memandang bangsa Bangladesh Muslim itu rendah! Memandang umat Islam yang lain itu bukan bahagian daripada kalian! Sungguh, umat Islam pada saat ini, sangat memerlukan Daulah Khilafah! Allahu Akbar

Perlu Kerjasama Antara Gerakan / Jemaah Islam


Gerakan Islam di malaysia dan dunia begitu banyak. Bagaimana Hizbut Tahrir (HT) memandang fenomena ini?
Banyaknya gerakan Islam, kita tanggapi saja secara positif sebagai kesaragaman bentuk partisipasi umat dalam kebolehan untuk memajukan Islam. Maksudnya, itu menunjukkan semangat umat dengan caranya masing-masing memberikan segala yang dimilikinya untuk membuat Islam menjadi lebih baik dari kondisi(keadaan) yang ada sekarang.
Masalahnya, yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakang Islam itu bermacam-macam.
Bahwa gerakan-gerakan itu begitu beragam baik dari segi pemikiran maupun orientasi geraknya merupakan konsekuensi dari kondisi Islam dan umatnya saat ini. Setelah tidak ada kehidupan Islam, ibarat buku, Islam adalah buku terbuka yang siapa saja boleh membaca, memahami, dan menginterpretasikannya. Dalam kondisi(keadaan) seperti ini, tidak ada satu pun pihak yang merasa otoritatif boleh memegang kendali interpretasi terhadap Islam dan bagaimana memperjuangkannya. Oleh karena itu, banyaknya gerakan Islam merupakan konsekuensi dari keterbukaan itu dan secara positif boleh dilihat sebagai cermin dari semangat umat untuk dengan berbagai cara bertindak serta dalam kebolehan memajukan Islam.
Tapi, tentu tidak hanya berhenti di sini. Semestinya, masing-masing kelompok atau gerakan itu harus terus melakukan pengkajian: Apakah pemikiran yang disebarkan dan dikembangkannya itu benar-benar haq, sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, serta gerakannya telah sesuai dengan tuntutan syariah dan teladan Nabi saw.? Apakah secara rasional perjuangannya memang boleh diharapkan mampu menyelesaikan secara keseluruhannya segenap problem umat dan menegakkan kembali kehidupan Islam yang di dalamnya diterapkan syariah dan umat bersatu kerananya.
Dengan kata lain, jangan sampai maksud kita ingin memajukan Islam, tapi yang terjadi justru sebaliknya. Alih-alih menegakkan Islam, yang terjadi justru melanggengkan sistem yang tidak islami dan menempatkan Islam selalu berada di bawahnya.
Jadi, penilaian ulangan terhadap seluruh peringkat gerakan dan orientasi geraknya mutlak dilakukan agar apa yang kita dilakukan memang benar-benar dapat memajukan Islam secara nyata.
Secara historis dan syar‘i, apa sebenarnya yang harus diperjuangkan oleh gerakan Islam?
Menentukan apa yang harus diperjuangkan oleh gerakan Islam sangat terkait dengan dua hal penting: Bagaimana kita memahami kondisi faktual umat Islam saat ini dan kondisi ideal seperti apa yang kita cita-citakan.
Secara faktual, meskipun disebut dalam al-Quran sebagai sebaik-baik umat (khayru al-ummah) di antara sekian banyak kelompok masyarakat yang ada di dunia, dengan pengamatan sesaat, nyatalah bahwa umat Islam masa kini bukanlah umat yang terbaik. Umat Islam mengalami kemunduran luar biasa di segala ruang kehidupan; baik di bidang pendidikan, sosial, budaya, ekonomi, politik, maupun sains dan teknologi. Yang nampak kini hanyalah sisa-sisa kejayaan Islam masa lalu.
Secara fizik, setelah runtuhnya Kekhilafahan Utsmani tahun 1924, wilayah Islam yang dulu terbentang sangat luas—mencakup seluruh jazirah Arab, Afrika bagian Utara, sebagian Eropa, Asia Tengah, Asia Timur, dan Asia Selatan—kini terpecah-pecah menjadi negara kecil-kecil. Secara intelektual, umat Islam menjadi sangat lemah dan karenanya bukan saja tidak mampu meng-counter sesat pikir Barat, tapi juga tidak mampu melakukan dialog intelektual secara seimbang. Impotensi intelektual ini jelas bermuara pada kemunduran total di bidang politik yang terjadi sejak runtuhnya Daulah Khilafah Utsmani.
Setelah runtuhnya payung Dunia Islam itu, bertubi-bertubi umat Islam didera berbagai persoalan. Di pentas dunia, kita menyaksikan saudara-saudara kita di Palestin masih harus terus hidup dalam penderitaan. Bukan hanya di Palestin, penderitaan juga dialami oleh umat Islam di berbagai belahan dunia lain seperti di Chechnya, Dagestan, Jammu Khasmir, Pattani Thailand, Moro Philipina, dan yang paling baru, penderitaan juga dialami oleh umat Islam di Afganistan dan Iraq. Dengan dalih memerangi terorisme dan menghancurkan senjata pemusnah nuklear, AS dan sekutunya menggempur habis kedua negara itu dan kemudian mendudukinya hingga sekarang.
Sementara itu, di dalam negeri, kondisi(keadaan) umat Islam di malaysia sendir juga tidak kurangnya memprihatinkan. Akibat masalah ekonomi kapitalis masih digunakan maka ramai lagi penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, jenayah meningkat di mana-mana, pornografi dan korupsi makin merajalela; ditambah dengan kebijakkan pemerintahan yang ada, yang membuat hidup umat terasa sangat menyesakkan. Bahagian besar dari mereka yang saat ini tengah menderita tentu saja adalah juga umat Islam.
Berbagai krisis tersebut merupakan fasad (kerusakan) yang ditimbulkan oleh karena kemaksiatan dan dosa-dosa yang dilakukan manusia (bi sababi ma‘âshi an-nâs wa dzunûbihim). Maksiat adalah setiap bentuk pelanggaran terhadap hukum Allah atau syariat Islam, yakni melakukan yang dilarang dan meninggalkan yang diwajibkan. Setiap bentuk kemaksiatan pasti menimbulkan dosa. Setiap dosa pasti menimbulkan kerusakan (fasad).
Apa saja kemaksiatan yang selama ini telah kita lakukan? Banyak. Kita semua tahu, hingga saat ini negara kita masih menggunakan sistem sekular dalam menata kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Dalam sistem ini, syariat Islam tidak pernah secara sengaja digunakan. Islam hanya ditempatkan dalam urusan individu dengan tuhannya saja. Sebagai gantinya, di tengah-tengah sistem sekularistik itu lahirlah berbagai bentuk tatanan yang jauh dari nilai-nilai agama: tatanan ekonomi yang kapitalistik, perilaku politik yang oportunistik, budaya hedonistik, kehidupan sosial yang egoistik dan individualistik, sikap beragama yang sinkretistik, serta sistem pendidikan yang materialistik.
Karena semua problem yang ada sesungguhnya berpangkal pada sistem yang lahir dari pandangan hidup yang salah, yaitu sekularisme, maka solusi fundamentalnya tentu tidak lain adalah dengan cara menghentikan sistem sekular itu dan menegakkan kembali seluruh tatanan berlandaskan pada syariat Islam.
Inilah yang secara syar‘i harus diperjuangkan oleh setiap gerakan Islam, yang secara historis juga dilakukan oleh Rasul, para sahabat, dan pejuang Islam sesudahnya. Semua itu terkait dengan kepentingan terbesar Islam sebagai sebuah ideologi (mabda’), yakni bagaimana mengubah masyarakat dari kondisi yang ada sekarang menuju tatanan masyarakat islami. Oleh karena itu, menjadi sangat jelas bahwa realitas sosial di setiap kurun dalam kacamata Islam bukan hanya untuk dipahami, tapi juga diubah dan dikendalikan. Ini berakar pada misi ideologisnya, yakni cita-cita untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat dalam kerangka mewujudkan nilai-nilai tauhidullah (mengesakan Allah).
Kalau begitu, apa yang semestinya menjadi ’titik kesamaan’ di antara gerakan-gerakan Islam?
Penting disedari, bahawa setiap gerakan Islam apa pun yang akan menegakkan kehidupan yang islami pasti akan berhadapan dengan tiga pertanyaan utama. Pertama, bagaimana gerakan itu melakukan penilaian terhadap masyarakat yang ada sekarang. Kedua, gambaran tentang tatanan masyarakat ideal seperti apa yang dicita-citakan. Ketiga, bagaimana perubahan masyarakat yang ada sekarang menuju masyarakat yang dicita-dicitakannya itu akan dilakukan.
Dengan demikian, semestinya paling sedikit ada tiga hal yang boleh menjadi titik kesamaan di antara gerakan-gerakan Islam: Pertama, kondisi(keadaan) umat Islam sekarang memang dalam keadaan terpecah-belah dan terpuruk di segala bidang. Singkatnya, mereka jauh dari apa yang dikatakan sebagai khayru ummah. Kedua, dengan demikian harus dilakukan  bersungguh-sungguh untuk membangun umat yang bersatu dan unggul sehingga predikat khayru ummah benar-benar dapat diwujudkan kembali secara nyata. Ketiga, predikat khayru ummah tidaklah mungkin diujudkan kecuali umat hidup di dalam masyarakat yang islami, yang di dalamnya diterapkan syariat Islam dan dipimimpin oleh seorang imam.
Bahwa di antara gerakan-gerakan Islam terjadi perbezaan pendapat dalam memahami detail mengenai syariat dan konsep imamah, menurut saya tidaklah menjadi soal. Yang penting, semua gerakan sama-sama merujuk pada syariat dan juga sama-sama memahami pentingnya kepemimpinan bagi seluruh umat. Ibarat duduk, kita sudah berada di lantai yang sama. Insya Allah, segala perselisihan akan tidak sukar untuk diselesaikan.
Bagaimana HT meletakkan gerakan-gerakan Islam lainnya?
Membangun gerakan Islam merupakan pengamalan dari perintah Allah dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 104 yang meminta agar di antara umat Islam hendaknya ada satu kelompok yang bekerja untuk menyerukan Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar. Tapi, ayat ini tidak berarti melarang ada lebih dari satu kelompok. Dengan kata lain, boleh saja di tengah-tengah umat terdapat banyak kelompok atau gerakan dakwah Islam. Yang jadi soal tentu saja adalah bagaimana gerakan-gerakan itu menyingkapi keseragaman yang ada.
Hizbut Tahrir memandang bahwa gerakan-gerakan Islam lain adalah sebagian dari umat, yang juga wajib diajak serta dalam perjuangan penegakan syariat Islam dan Khilafah. Seperti kata Imam Syafii, Hizbut Tahrir juga berpendapat, “Ra’yunâ shawâb yahtamilu al-khathâ’ wa ra’yu ghayrina khathâ’ yahtamilu ash-shawâb.” (Pendapat kami benar tetapi ada kemungkinan salah dan pendapat selain kami salah tetapi ada kemungkinan benar). Karena pendapat Hizbut Tahrir ada kemungkinan salah dan pendapat gerakan lain ada kemungkinan benar itulah maka Hizbut Tahrir selalu membuka pintu dialog. Hizbut Tahrir tidak pernah menutup diri. Buku-buku yang diterbitkan oleh Hizbut Tahrir juga beredar bebas, boleh dibaca oleh siapa pun, sehingga memungkinkan siapa saja untuk memberi masukan atau mengoreksinya(mengkajinya).
Jadi, tidaklah tepat bila ada pihak yang mengatakan bahwa Hizbut Tahrir mengafirkan kelompok selainnya. Kafir-tidaknya seseorang atau sebuah kelompok/gerakan tidak didasarkan pada apakah ia menjadi bagian dari Hizbut Tahrir atau bukan, tapi semata didasarkan pada ukuran-ukuran akidah. Kelompok apa pun sepanjang masih berdasar pada akidah yang benar (sahih) harus tetap dianggap bagian dari Islam, tidak boleh dikafirkan. Begitu sebaliknya.
Bagaimana bila ada gerakan Islam yang tidak setuju dengan perjuangan HT, bahkan cenderung ’mengkafirkan’?
Hizbut Tahrir boleh  mengerti bila ada sebahagian umat atau gerakan Islam yang tidak setuju dengan perjuangan HT. Ketidaksetujuan itu mungkin kerana belum paham, tidak paham, atau salah paham. Oleh kerana itu, Hizbut Tahrir akan terus berusaha sekuat tenaga untuk memahamkan pemikiran (fikrah) dan methode  perjuangannya (tharîqah) kepada umat, khususnya para pemimpin, dan berbagai kelompok dakwah yang ada sambil terus membuka diri terhadap adanya masukan serta koreksi terhadap pemikiran dan methode dakwah Hizbut Tahrir. Dengan cara seperti itu, diharapkan yang tidak atau belum paham menjadi paham, dan yang salah paham tentu menjadi benar pemahamannya. Akhirnya, diharapkan mereka boleh menyokong atau setidaknya tidak menghalangi dakwah Hizbut Tahrir.
Kepada gerakan yang mengkafirkan Hizbut Tahrir, kami akan menjelaskan bahwa Hizbut Tahrir tidaklah seperti yang mereka tuduhkan dengan penjelasan yang sebaik-baikknya (mujâdalah billati hiya ahsan), tapi bila mereka masih juga bersikukuh dengan pendiriannya, Hizbut Tahrir akan bersabar. Hizbut Tahrir tidak akan balik mengkafirkan gerakan itu tanpa haq atau hanya kerana emosi. Hizbut Tahrir juga menghindari perselisihan di antara gerakan dakwah karena itu akan memalingkannya dari tugas utama kita semua, yakni membina umat, membangkitkannya, dan mewujudkan kembali kehidupan Islam.
Bagaimana sikap HT tentang kerjasama antara gerakan Islam?
Antara gerakan Islam tentu  saja boleh saling bekerjasama. Kalau tidak, ini sangatlah aneh, kerana tujuan  kita sama-sama bekerja untuk kemajuan Islam. Tinggallah kita bicarakan bentuk-bentuk kerjasama seperti apa yang boleh dilakukan. Yang paling minima adalah dalam bentuk husnu jiwâr (bertetangga baik). Maksudnya, kerjasama itu dilakukan dengan menjaga agar hubungan antara gerakan tetap berlangsung baik. Untuk itu diperlukan komunikasi, khususnya di antara para pemimpinnya. Dengan komunikasi, saling pengertian dan kesepemahaman akan mudah diciptakan. Ini merupakan bekal penting untuk meningkatkan kerjasama yang lebih luas lagi.
Secara praktik, bentuk kerjasama seperti apa yang boleh dikembangkan antara gerakan Islam?
Bentuk kerjasama praktik antargerakan Islam yang boleh dikembangkan, misalnya, dalam merespon persoalan-persoalan umat yang nyata.


Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb. 

15 Disember 2009

Strategi Rancangan Amerika Syarikat untuk Menguasai Indonesia (Cadangan Tentera AS untuk Indonesia)

Semua ideologi yang ada di dunia ini memiliki kaedah (thariqoh/jalan) untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh penjuru dunia. Kaedah perluasan Kapitalisme sebagai sebuah ideologi yang ketika ini masih mendominasi dunia telah berkembang mengikut peredaran zaman. Meskipun demikian, penjajahan tetap menjadi perkara dasar di dalam Kapitalisme. Baik sama ada untuk menyebarluaskan ideologi ataupun untuk  mengeksploitasi negara-negara lain demi kepentingan Kapitalisme. Amerika Syarikat (AS) telah memaksa dominasi politik, ketenteraan dan ekonomi dalam dunia Islam dalam rangka mengeksploitasi manfaat-manfaat materialistiknya. Di samping itu, AS juga berusaha menyebarkan Kapitalisme di dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya dan lain-lain.

Khitthah Politik (Strategi Politik) didefinisikan sebagai politik umum yang dirancang untuk mewujudkan salah satu tujuan yang dituntut melalui penyebaran ideologi tertentu. Manakala uslub politik (cara-cara/teknik politik) adalah politik khusus tentang langkah sesuatu bahagian yang mendukung kewujudan atau pengukuhan khiththah politik. Strategi politik akan sentiasa berubah-ubah sesuai dengan perubahan dan perkembangan kumpulan-kumpulan politik antarabangsa.

Perkara yang perlu difahami adalah walaupun usaha Barat belum berhasil dalam  menanam hegemoninya, negara-negara Barat tidak akan mengubah (fikrah dan thariqoh) ideologinya, tetapi hanya akan mengubah strategi (khitthah) dan cara-cara (uslub) politiknya dalam merancang strategi dan teknik-teknik politik baru. Di sinilah kaum Muslimin perlu mengetahui dan memahami rancangan strategi politik dan cara-cara negara-negara Barat khususnya AS dalam menanamkan hegemoninya di Indonesia. Jika cara (uslub) politik dapat digagalkan, maka akan hancurlah strategi (khitthah) politik dan akhirnya rancangan musuh-musuh Islam juga turut gagal. Sepatutnya perjuangan politik kaum Muslimin dipandu untuk membongkar strategi politik dan cara-cara mereka (kashful khutat). Pada masa yang sama, dipandu pula untuk memerangi ideologi Kufur (iaitu memerangi fikrah dan thariqohnya).

Tulisan ini adalah bertujuan untuk mengungkapkan penemuan media massa terhadap Strategi Rancangan Politik AS di Asia Tenggara termasuk teknik-teknik mereka. Sebagai wilayah dan jumlah penduduk Muslim yang terbesar, Indonesia menjadi perhatian dan sasaran yang penting dalam rancangan strategi ini.

Dokumen Strategi Rancangan

Dokumen The National Security Strategy of USA September 2006 menghuraikan intisari sebuah konsep keamanan kebangsaan AS yang menitikberatkan hasil-hasil dalaman negara-negara lain. Masalah akar yang perlu ditekankan yang dipandang serius oleh AS dalam negeri-negeri kaum Muslimin adalah kurangnya demokrasi (the lack of democracy). Perhatian diberikan oleh AS terhadap keamanan warganegara dan sempadan wilayah, pada masa yang sama AS menyuntik pemahaman bahawa melenyapkan ancaman ”terorisme” (ideologi Islam dipandang juga sebagai inspirasi teroris terhadap kewujudan AS) di mana bukan sekadar membawa persoalan tersebut ke muka pengadilan dan menghapuskan keupayaan operasi para teroris, tetapi juga harus menyelesaikan ”akar penyebab” berlakunya terorisme.

Jabatan Pertahanan Keselamatan AS di dalam Quadrennial Defense Review Report 2006 memandang bahawa penglibatan AS dalam peperangan bukanlah hanya di medan pertempuran semata-mata, tetapi juga di dalam kancah peperangan idea/pemikiran. Dokumen RAND Corporation 2006 bertajuk Building Moderate Muslim Networks menyebut bahawa kemenangan AS yang tertinggi hanya boleh dicapai apabila ideologi Islam itu (di mana AS menyebut sebagai ideologi para ekstrimis) dapat dibuang dari pandangan majoriti penduduk tempat mereka tinggal dan kelompok-kelompok yang menyokong mereka secara senyap.

Memoderatkan Muslim Indonesia

Strategi politik AS untuk menguasai Indonesia adalah dengan strategi menghidupkan budaya moderat (sederhana) yang kuat di negeri ini. Dengan cara inilah diharapkan akan muncul pertentangan terhadap ideologi Islam dan menguatkan dukungan terhadap pelbagai dasar Amerika yang ditunggang oleh jargon-jargon demokrasi-HAM dan Kesamaan Gender.

AS membuat klasifikasi dan juga ciri-ciri yang sesuai dengan kepentingannya bahawa Muslim moderat adalah mereka yang saling berkongsi dimensi-dimensi utama daripada budaya demokrasi. Inilah yang akan menjadikan Indonesia terkawal di bawah AS. AS menetapkan bahawa Muslim moderat yang diinginkan AS memiliki sikap-sikap seperti berikut:
  • Mendukung demokrasi dan HAM yang difahami secara antarabangsa (HAM versi Amerika)
  • Menghormati perbezaan/keseragaman terutamanya menghormati terhadap kesamaan gender dan agama minoriti (Perbezaan dalam konteks pluralisme bukan kepelbagaian)
  • Penerimaan terhadap sumber hukum yang tidak bermazhab (tidak menerima hukum yang bersumber daripada syariat Islam kerana disebutkan bahawa tafsiran syariah tidak sesuai dengan demokrasi)
  • Penentangan terhadap terorisme dan bentuk-bentuk kekerasan yang lain yang tidak sah (bentuk ‘sah’nya telah memiliki acuan tersendiri, sebagaimana yang disahkan dalam persidangan dan konvensyen antarabangsa)
Strategi untuk membina Rangkaian Muslim Moderat

Strategi umum untuk membina Rangkaian Muslim Moderat dilancarkan melalui empat langkah iaitu pendidikan demokrasi, media, kesamaan gender dan polisi sokongan.

1. Pendidikan Demokrasi

Secara khususnya diwujudkan dalam program-program dengan menggunakan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam dalam pengajaran yang mendukung nilai-nilai demokrasi dan pluralistik (majmuk). Perintah-perintah dalam agama dan politik yang dipandang bermazhab, sangat sempit dan mundur dilihat sebagai radikal dan konservatif. Oleh yang demikian, madrasah-madrasah perlu dimasukkan sebuah kurikulum yang mempromosikan demokrasi dan nilai-nilai pluralistik sepertimana pelbagai wilayah lain amalkan, di mana agama dan masyarakat saling bertentangan serta menjadikan Indonesia sebagai pemimpin dalam pendidikan demokrasi yang beragama. Universiti Islam Negeri dan sistem pendidikan Muhammadiyah telah mengeluarkan buku-buku teks untuk mengajar pendidikan sivil dalam konteks Islami. Matapelajaran tersebut bersifat wajib untuk seluruh mahasiswa yang memasuki universiti-universiti ini. Beberapa pengajar Muslim perlu memiliki watak yang moderat, kurang kemampuannya untuk mengaitkan pengajaran Islam secara eksplisit berbanding nilai-nilai demokrasi.

Bagi menampung kelemahan tersebut, Asia Foundations telah mengembangkan sebuah program untuk membantu usaha-usaha ulama moderat ini dalam menggali teks-teks dan tradisi bagi pengajaran yang berwibawa yang mendukung nilai-nilai demokrasi. Hasilnya, wujud bahan-bahan penulisan fiqih (hukum-hukum Islam) yang mendukung demokrasi, pluralisme dan kesamaan gender. Teks-teks ini berada dalam landasan pemikiran Muslim yang progresif dan sangat diperlukan secara global.

Institusi-institusi seperti Lembaga Kajian islam Sosial (LKiS) yang diasaskan Nahdhatul Ulama memegang suatu prinsip bahawa dalam usaha membangunkan sekolah-sekolah Islam secara khusus, kaum Muslimin sepatutnya menjamin bahawa semua institusi ini ditanamkan dengan nilai-nilai keadilan sosial dan toleransi. Huruf “I” pada LKiS (yang bermaksud Islam) dengan bebas ditulis dengan huruf kecil untuk menunjukkan bahawa LKiS menentang berbagai-bagai Islamisme yang menitikberatkan keunggulan Islam di atas agama-agama yang lain. LKiS secara khusus terlibat dalam latihan-latihan sekolah-sekolah pondok dan sekolah-sekolah Islam bersepadu. Kesan daripada tindakan ini adalah munculnya gerakan-gerakan demokrasi Muslim di Indonesia yang dihubungkait dengan beberapa kriteria unik iaitu:

  • ulama lelaki yang berkempen untuk kesamaan gender dan
  • organisasi yang akar umbinya berasaskan usaha untuk memberikan ruang bagi gerakan lain bagi mencapai jangkauan yang lebih jauh daripada peringkat akar umbi dalam satu peringkat yang tidak boleh dicapai oleh kelompok-kelompok sekular yang bertapak di bandar.

2. Media

Dilakukan dengan mendukung media-media moderat. Hal ini sangat penting dalam menentang dominasi media yang anti-demokrasi dan didukung oleh unsur Muslim konservatif (iaitu ideologi Islam)
Penyebaran maklumat terhadap sebahagian besar dunia kaum Muslimin didominasi oleh elemen anti-demokrasi yang radikal dan konservatif. Secara faktanya, tidak ada media-media moderat dalam beberapa buah negara. Suatu alternatif terhadap media radikal adalah alat penting dalam peperangan idea ini. 
Indonesia telah menunjukkan suatu model melalui beberapa contoh media moderat seperti “agama dan toleransi” yang telah mencapai sehingga 5 juta pendengar. Program radio mingguan Jaringan Islam Liberal berkumandang ke 40 buah stesen radio. Institut untuk pembelaan warganegara dan pendidikan menghasilkan rancangan radio mingguan yang mana para pendengarnya mencecah sehingga 1 juta melalui 5 buah stesen radio di Sulawesi Selatan. Stesen television TPI menampilkan pendapat mingguan melalui tema kesamaan gender dan Islam yang mencapai 250,000 penonton di Jakarta. Talkshow TV bulanan tentang Islam dan Pluralisme yang mencapai 400,000 penonton di Jogjakarta. Media-media moderat ini telah menghasilkan kesan dalam perubahan suara perbincangan Islam di Indonesia.

3. Kesamaan Gender.

Isu hak-hak wanita adalah sebuah medan pertarungan utama (major battleground) dalam peperangan idea terhadap dunia Islam. Promosi kesamaan gender adalah komponen utama daripada beberapa projek untuk memperkasakan Muslim moderat. Nuriyah iaitu isteri kepada Gusdur misalnya, telah menghasilkan kajian tafsiran yang bertujuan untuk menghapuskan poligami melalui penafsiran semula konsep Al-Quran. Nuriyah menyimpulkan bahawa dalam Quran, yang ideal adalah monogami dan adalah menjadi hak wanita untuk secara bebas memilih pasangannya yang sepatutnya tidak dihadkan. AS menyokong beberapa sekolah pondok yang bekerjasama dengan Nahdhatul Ulama yang mendirikan pusat krisis bagi mangsa-mangsa keganasan rumahtangga, penerbitan penulisan berkaitan isu-isu wanita dalam fiqh serta membina rangkaian Muslim moderat dengan NGO-NGO yang mempromosikan keadilan gender seperti Rahima dan Fahmina. Beberapa isu yang berpotensi yang dinaikkan antara lain adalah berkaitan status perkahwinan peribadi, perceraian, penjagaan anak-anak, perwarisan dan tuduhan bahawa wanita terancam dengan berlakunya diskriminasi di bawah syariah.

4. Polisi Sokongan.

Gerakan Islam mempunyai agenda politik dan oleh kerana itu, Muslim moderat sekular dan liberal juga perlu terlibat dalam polisi sokongan sepertimana gerakan Islam. Aktiviti sokongan sangat penting dalam membentuk bidang politik dan undang-undang dalam dunia Islam. Peguam-peguam kepentingan umum dan gerakan-gerakan penyokong (aktiviti Hak Asasi Manusia, pemantau rasuah, think tanks dan lain-lain) pada hakikatnya telah berkembang dalam dunia Islam dewasa ini dan peranan mereka sangat diperlukan oleh AS.
Rangkaian Kerjasama Pengembangan Muslim Moderat

Untuk mencapai keberhasilan strategi ini, diperlukan kerjasasama-kerjasama yang akan menanamkan dan mengembangkan budaya moderat ini. Di wilayah Asia Tenggara, rangkaian-rangkaian kerjasama ini meliputi:
  1. Sekolah-sekolah Islam, Institusi pendidikan agama moderat (Sekolah Pondok dan Madrasah)
  2. Universiti-universiti Islam.
  3. Media
  4. Institusi-institusi Pembangunan Demokrasi (Democracy-Building Institutions)
  5. Usaha Pembangunan Kerjasama Serantau (Regional Network-Building Efforts)

Rakan Kongsi Keberhasilan Strategi

Demi merealisasikan rancangan, diperlukan rakan-rakan utama dalam mengembangkan ideologi atau mendukung pengembangan ideologi Kapitalisme-Sekularisme-Liberalisme. Mereka ini antara lain:
  1. Intelektual dan ahli akademik Muslim liberal dan sekular (Liberal and secular Muslim academic and intellectuals)
  2. Ulama muda yang moderat dan keagamaan (young moderate religious scholar)
  3. Aktivis-aktivis masyarakat (community activist)
  4. Kumpulan-kumpulan wanita yang terlibat dalam kempen kesamaan gender (women groups engaged in gender equality campaigns)
  5. Penulis dan wartawan moderat (moderates journalist and writers)
Usaha-usaha Membangunkan Kerjasama Serantau

Dokumen RAND tersebut juga menyebut bahawa Asia Tenggara adalah pentas rantau utama dalam usaha menghubungkan Muslim moderat setempat, nasional dan organisasi dengan kerjasama serantau. Antara pelopor dalam usaha ini adalah International Center for Islam and Pluralism (ICIP) yang didirikan di Jakarta dengan dukungan Asia Foundation. Misi ICIP adalah membangunkan kerjasama NGO Muslim dengan aktivis-aktivis Muslim yang progresif dan intelektual di Asia Tenggara (dan sebolehnya di seluruh dunia) serta bertindak sebagai medium untuk menyebarluaskan idea-idea para pemikir Muslim moderat dan progresif secara antarabangsa. ICIP telah mengadakan kursus-kursus latihan serantau tentang Islam dan Demokrasi, yang pertama di Manila bersama PCID pada September 2005 dan yang kedua di Jakarta pada Disember 2005. Menteri Luar Negeri Thailand, Surin Pitsuwan, bahkan telah menyarankan supaya memanfaatkan ICIP untuk menghubungkan komuniti pondok di Selatan Thailand dengan sekolah-sekolah pondok yang progresif di Indonesia.

Penutup

Kajian yang mendalam tentang khitthah politik (Strategi Politik) negara-negara Kapitalis terhadap negeri-negeri kaum Muslimin sangatlah penting dan mendesak untuk dilakukan, khususnya buat para pengembang dakwah di Indonesia yang memiliki harapan dan cita-cita untuk menyelamatkan negeri ini melalui penegakkan Khilafah Islamiyah. Dengan demikian, perjuangan politik akan menjadi lebih fokus dalam membongkar serta menentang strategi politik dan teknik-teknik yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam.

Penguasaan terhadap kumpulan-kumpulan politik antarabangsa dan pengaruhnya dalam skala nasional akan memudahkan kita untuk merancang teknik-teknik baru serta kreatif dalam rangka mengubah pemikiran dan perasaan umat. Kemampuan untuk membaca rangkaian-rangkaian musuh dan membangunkan rangkaian-rangkaian bersifat ideologi di tengah-tengah umat akan menghancurkan rangkaian musuh yang sesungguhnya lebih rapuh daripada sarang labah-labah. Hal ini sekaligus akan memberi jalan untuk meraih kepimpinan di tengah-tengah umat.

Salah satu kunci untuk mencapai hasil bagi pengembang dakwah hanyalah dengan senantiasa berpegang teguh pada fikrah dan thariqoh di atas landasan aqidah Islam. Semoga Allah SWT memberikan kecemerlangan berfikir dalam merangka strategi politik yang tinggi melalui cara-cara yang benar dan tepat.
Listen to Quran