Mutiara Kata

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam...
Tidak Sempurna Islam Tanpa Syariah...
Tidak Tegaknya Syariah Tanpa Daulah Khilafah...

15 Disember 2009

Strategi Rancangan Amerika Syarikat untuk Menguasai Indonesia (Cadangan Tentera AS untuk Indonesia)

Semua ideologi yang ada di dunia ini memiliki kaedah (thariqoh/jalan) untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh penjuru dunia. Kaedah perluasan Kapitalisme sebagai sebuah ideologi yang ketika ini masih mendominasi dunia telah berkembang mengikut peredaran zaman. Meskipun demikian, penjajahan tetap menjadi perkara dasar di dalam Kapitalisme. Baik sama ada untuk menyebarluaskan ideologi ataupun untuk  mengeksploitasi negara-negara lain demi kepentingan Kapitalisme. Amerika Syarikat (AS) telah memaksa dominasi politik, ketenteraan dan ekonomi dalam dunia Islam dalam rangka mengeksploitasi manfaat-manfaat materialistiknya. Di samping itu, AS juga berusaha menyebarkan Kapitalisme di dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya dan lain-lain.

Khitthah Politik (Strategi Politik) didefinisikan sebagai politik umum yang dirancang untuk mewujudkan salah satu tujuan yang dituntut melalui penyebaran ideologi tertentu. Manakala uslub politik (cara-cara/teknik politik) adalah politik khusus tentang langkah sesuatu bahagian yang mendukung kewujudan atau pengukuhan khiththah politik. Strategi politik akan sentiasa berubah-ubah sesuai dengan perubahan dan perkembangan kumpulan-kumpulan politik antarabangsa.

Perkara yang perlu difahami adalah walaupun usaha Barat belum berhasil dalam  menanam hegemoninya, negara-negara Barat tidak akan mengubah (fikrah dan thariqoh) ideologinya, tetapi hanya akan mengubah strategi (khitthah) dan cara-cara (uslub) politiknya dalam merancang strategi dan teknik-teknik politik baru. Di sinilah kaum Muslimin perlu mengetahui dan memahami rancangan strategi politik dan cara-cara negara-negara Barat khususnya AS dalam menanamkan hegemoninya di Indonesia. Jika cara (uslub) politik dapat digagalkan, maka akan hancurlah strategi (khitthah) politik dan akhirnya rancangan musuh-musuh Islam juga turut gagal. Sepatutnya perjuangan politik kaum Muslimin dipandu untuk membongkar strategi politik dan cara-cara mereka (kashful khutat). Pada masa yang sama, dipandu pula untuk memerangi ideologi Kufur (iaitu memerangi fikrah dan thariqohnya).

Tulisan ini adalah bertujuan untuk mengungkapkan penemuan media massa terhadap Strategi Rancangan Politik AS di Asia Tenggara termasuk teknik-teknik mereka. Sebagai wilayah dan jumlah penduduk Muslim yang terbesar, Indonesia menjadi perhatian dan sasaran yang penting dalam rancangan strategi ini.

Dokumen Strategi Rancangan

Dokumen The National Security Strategy of USA September 2006 menghuraikan intisari sebuah konsep keamanan kebangsaan AS yang menitikberatkan hasil-hasil dalaman negara-negara lain. Masalah akar yang perlu ditekankan yang dipandang serius oleh AS dalam negeri-negeri kaum Muslimin adalah kurangnya demokrasi (the lack of democracy). Perhatian diberikan oleh AS terhadap keamanan warganegara dan sempadan wilayah, pada masa yang sama AS menyuntik pemahaman bahawa melenyapkan ancaman ”terorisme” (ideologi Islam dipandang juga sebagai inspirasi teroris terhadap kewujudan AS) di mana bukan sekadar membawa persoalan tersebut ke muka pengadilan dan menghapuskan keupayaan operasi para teroris, tetapi juga harus menyelesaikan ”akar penyebab” berlakunya terorisme.

Jabatan Pertahanan Keselamatan AS di dalam Quadrennial Defense Review Report 2006 memandang bahawa penglibatan AS dalam peperangan bukanlah hanya di medan pertempuran semata-mata, tetapi juga di dalam kancah peperangan idea/pemikiran. Dokumen RAND Corporation 2006 bertajuk Building Moderate Muslim Networks menyebut bahawa kemenangan AS yang tertinggi hanya boleh dicapai apabila ideologi Islam itu (di mana AS menyebut sebagai ideologi para ekstrimis) dapat dibuang dari pandangan majoriti penduduk tempat mereka tinggal dan kelompok-kelompok yang menyokong mereka secara senyap.

Memoderatkan Muslim Indonesia

Strategi politik AS untuk menguasai Indonesia adalah dengan strategi menghidupkan budaya moderat (sederhana) yang kuat di negeri ini. Dengan cara inilah diharapkan akan muncul pertentangan terhadap ideologi Islam dan menguatkan dukungan terhadap pelbagai dasar Amerika yang ditunggang oleh jargon-jargon demokrasi-HAM dan Kesamaan Gender.

AS membuat klasifikasi dan juga ciri-ciri yang sesuai dengan kepentingannya bahawa Muslim moderat adalah mereka yang saling berkongsi dimensi-dimensi utama daripada budaya demokrasi. Inilah yang akan menjadikan Indonesia terkawal di bawah AS. AS menetapkan bahawa Muslim moderat yang diinginkan AS memiliki sikap-sikap seperti berikut:
  • Mendukung demokrasi dan HAM yang difahami secara antarabangsa (HAM versi Amerika)
  • Menghormati perbezaan/keseragaman terutamanya menghormati terhadap kesamaan gender dan agama minoriti (Perbezaan dalam konteks pluralisme bukan kepelbagaian)
  • Penerimaan terhadap sumber hukum yang tidak bermazhab (tidak menerima hukum yang bersumber daripada syariat Islam kerana disebutkan bahawa tafsiran syariah tidak sesuai dengan demokrasi)
  • Penentangan terhadap terorisme dan bentuk-bentuk kekerasan yang lain yang tidak sah (bentuk ‘sah’nya telah memiliki acuan tersendiri, sebagaimana yang disahkan dalam persidangan dan konvensyen antarabangsa)
Strategi untuk membina Rangkaian Muslim Moderat

Strategi umum untuk membina Rangkaian Muslim Moderat dilancarkan melalui empat langkah iaitu pendidikan demokrasi, media, kesamaan gender dan polisi sokongan.

1. Pendidikan Demokrasi

Secara khususnya diwujudkan dalam program-program dengan menggunakan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam dalam pengajaran yang mendukung nilai-nilai demokrasi dan pluralistik (majmuk). Perintah-perintah dalam agama dan politik yang dipandang bermazhab, sangat sempit dan mundur dilihat sebagai radikal dan konservatif. Oleh yang demikian, madrasah-madrasah perlu dimasukkan sebuah kurikulum yang mempromosikan demokrasi dan nilai-nilai pluralistik sepertimana pelbagai wilayah lain amalkan, di mana agama dan masyarakat saling bertentangan serta menjadikan Indonesia sebagai pemimpin dalam pendidikan demokrasi yang beragama. Universiti Islam Negeri dan sistem pendidikan Muhammadiyah telah mengeluarkan buku-buku teks untuk mengajar pendidikan sivil dalam konteks Islami. Matapelajaran tersebut bersifat wajib untuk seluruh mahasiswa yang memasuki universiti-universiti ini. Beberapa pengajar Muslim perlu memiliki watak yang moderat, kurang kemampuannya untuk mengaitkan pengajaran Islam secara eksplisit berbanding nilai-nilai demokrasi.

Bagi menampung kelemahan tersebut, Asia Foundations telah mengembangkan sebuah program untuk membantu usaha-usaha ulama moderat ini dalam menggali teks-teks dan tradisi bagi pengajaran yang berwibawa yang mendukung nilai-nilai demokrasi. Hasilnya, wujud bahan-bahan penulisan fiqih (hukum-hukum Islam) yang mendukung demokrasi, pluralisme dan kesamaan gender. Teks-teks ini berada dalam landasan pemikiran Muslim yang progresif dan sangat diperlukan secara global.

Institusi-institusi seperti Lembaga Kajian islam Sosial (LKiS) yang diasaskan Nahdhatul Ulama memegang suatu prinsip bahawa dalam usaha membangunkan sekolah-sekolah Islam secara khusus, kaum Muslimin sepatutnya menjamin bahawa semua institusi ini ditanamkan dengan nilai-nilai keadilan sosial dan toleransi. Huruf “I” pada LKiS (yang bermaksud Islam) dengan bebas ditulis dengan huruf kecil untuk menunjukkan bahawa LKiS menentang berbagai-bagai Islamisme yang menitikberatkan keunggulan Islam di atas agama-agama yang lain. LKiS secara khusus terlibat dalam latihan-latihan sekolah-sekolah pondok dan sekolah-sekolah Islam bersepadu. Kesan daripada tindakan ini adalah munculnya gerakan-gerakan demokrasi Muslim di Indonesia yang dihubungkait dengan beberapa kriteria unik iaitu:

  • ulama lelaki yang berkempen untuk kesamaan gender dan
  • organisasi yang akar umbinya berasaskan usaha untuk memberikan ruang bagi gerakan lain bagi mencapai jangkauan yang lebih jauh daripada peringkat akar umbi dalam satu peringkat yang tidak boleh dicapai oleh kelompok-kelompok sekular yang bertapak di bandar.

2. Media

Dilakukan dengan mendukung media-media moderat. Hal ini sangat penting dalam menentang dominasi media yang anti-demokrasi dan didukung oleh unsur Muslim konservatif (iaitu ideologi Islam)
Penyebaran maklumat terhadap sebahagian besar dunia kaum Muslimin didominasi oleh elemen anti-demokrasi yang radikal dan konservatif. Secara faktanya, tidak ada media-media moderat dalam beberapa buah negara. Suatu alternatif terhadap media radikal adalah alat penting dalam peperangan idea ini. 
Indonesia telah menunjukkan suatu model melalui beberapa contoh media moderat seperti “agama dan toleransi” yang telah mencapai sehingga 5 juta pendengar. Program radio mingguan Jaringan Islam Liberal berkumandang ke 40 buah stesen radio. Institut untuk pembelaan warganegara dan pendidikan menghasilkan rancangan radio mingguan yang mana para pendengarnya mencecah sehingga 1 juta melalui 5 buah stesen radio di Sulawesi Selatan. Stesen television TPI menampilkan pendapat mingguan melalui tema kesamaan gender dan Islam yang mencapai 250,000 penonton di Jakarta. Talkshow TV bulanan tentang Islam dan Pluralisme yang mencapai 400,000 penonton di Jogjakarta. Media-media moderat ini telah menghasilkan kesan dalam perubahan suara perbincangan Islam di Indonesia.

3. Kesamaan Gender.

Isu hak-hak wanita adalah sebuah medan pertarungan utama (major battleground) dalam peperangan idea terhadap dunia Islam. Promosi kesamaan gender adalah komponen utama daripada beberapa projek untuk memperkasakan Muslim moderat. Nuriyah iaitu isteri kepada Gusdur misalnya, telah menghasilkan kajian tafsiran yang bertujuan untuk menghapuskan poligami melalui penafsiran semula konsep Al-Quran. Nuriyah menyimpulkan bahawa dalam Quran, yang ideal adalah monogami dan adalah menjadi hak wanita untuk secara bebas memilih pasangannya yang sepatutnya tidak dihadkan. AS menyokong beberapa sekolah pondok yang bekerjasama dengan Nahdhatul Ulama yang mendirikan pusat krisis bagi mangsa-mangsa keganasan rumahtangga, penerbitan penulisan berkaitan isu-isu wanita dalam fiqh serta membina rangkaian Muslim moderat dengan NGO-NGO yang mempromosikan keadilan gender seperti Rahima dan Fahmina. Beberapa isu yang berpotensi yang dinaikkan antara lain adalah berkaitan status perkahwinan peribadi, perceraian, penjagaan anak-anak, perwarisan dan tuduhan bahawa wanita terancam dengan berlakunya diskriminasi di bawah syariah.

4. Polisi Sokongan.

Gerakan Islam mempunyai agenda politik dan oleh kerana itu, Muslim moderat sekular dan liberal juga perlu terlibat dalam polisi sokongan sepertimana gerakan Islam. Aktiviti sokongan sangat penting dalam membentuk bidang politik dan undang-undang dalam dunia Islam. Peguam-peguam kepentingan umum dan gerakan-gerakan penyokong (aktiviti Hak Asasi Manusia, pemantau rasuah, think tanks dan lain-lain) pada hakikatnya telah berkembang dalam dunia Islam dewasa ini dan peranan mereka sangat diperlukan oleh AS.
Rangkaian Kerjasama Pengembangan Muslim Moderat

Untuk mencapai keberhasilan strategi ini, diperlukan kerjasasama-kerjasama yang akan menanamkan dan mengembangkan budaya moderat ini. Di wilayah Asia Tenggara, rangkaian-rangkaian kerjasama ini meliputi:
  1. Sekolah-sekolah Islam, Institusi pendidikan agama moderat (Sekolah Pondok dan Madrasah)
  2. Universiti-universiti Islam.
  3. Media
  4. Institusi-institusi Pembangunan Demokrasi (Democracy-Building Institutions)
  5. Usaha Pembangunan Kerjasama Serantau (Regional Network-Building Efforts)

Rakan Kongsi Keberhasilan Strategi

Demi merealisasikan rancangan, diperlukan rakan-rakan utama dalam mengembangkan ideologi atau mendukung pengembangan ideologi Kapitalisme-Sekularisme-Liberalisme. Mereka ini antara lain:
  1. Intelektual dan ahli akademik Muslim liberal dan sekular (Liberal and secular Muslim academic and intellectuals)
  2. Ulama muda yang moderat dan keagamaan (young moderate religious scholar)
  3. Aktivis-aktivis masyarakat (community activist)
  4. Kumpulan-kumpulan wanita yang terlibat dalam kempen kesamaan gender (women groups engaged in gender equality campaigns)
  5. Penulis dan wartawan moderat (moderates journalist and writers)
Usaha-usaha Membangunkan Kerjasama Serantau

Dokumen RAND tersebut juga menyebut bahawa Asia Tenggara adalah pentas rantau utama dalam usaha menghubungkan Muslim moderat setempat, nasional dan organisasi dengan kerjasama serantau. Antara pelopor dalam usaha ini adalah International Center for Islam and Pluralism (ICIP) yang didirikan di Jakarta dengan dukungan Asia Foundation. Misi ICIP adalah membangunkan kerjasama NGO Muslim dengan aktivis-aktivis Muslim yang progresif dan intelektual di Asia Tenggara (dan sebolehnya di seluruh dunia) serta bertindak sebagai medium untuk menyebarluaskan idea-idea para pemikir Muslim moderat dan progresif secara antarabangsa. ICIP telah mengadakan kursus-kursus latihan serantau tentang Islam dan Demokrasi, yang pertama di Manila bersama PCID pada September 2005 dan yang kedua di Jakarta pada Disember 2005. Menteri Luar Negeri Thailand, Surin Pitsuwan, bahkan telah menyarankan supaya memanfaatkan ICIP untuk menghubungkan komuniti pondok di Selatan Thailand dengan sekolah-sekolah pondok yang progresif di Indonesia.

Penutup

Kajian yang mendalam tentang khitthah politik (Strategi Politik) negara-negara Kapitalis terhadap negeri-negeri kaum Muslimin sangatlah penting dan mendesak untuk dilakukan, khususnya buat para pengembang dakwah di Indonesia yang memiliki harapan dan cita-cita untuk menyelamatkan negeri ini melalui penegakkan Khilafah Islamiyah. Dengan demikian, perjuangan politik akan menjadi lebih fokus dalam membongkar serta menentang strategi politik dan teknik-teknik yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam.

Penguasaan terhadap kumpulan-kumpulan politik antarabangsa dan pengaruhnya dalam skala nasional akan memudahkan kita untuk merancang teknik-teknik baru serta kreatif dalam rangka mengubah pemikiran dan perasaan umat. Kemampuan untuk membaca rangkaian-rangkaian musuh dan membangunkan rangkaian-rangkaian bersifat ideologi di tengah-tengah umat akan menghancurkan rangkaian musuh yang sesungguhnya lebih rapuh daripada sarang labah-labah. Hal ini sekaligus akan memberi jalan untuk meraih kepimpinan di tengah-tengah umat.

Salah satu kunci untuk mencapai hasil bagi pengembang dakwah hanyalah dengan senantiasa berpegang teguh pada fikrah dan thariqoh di atas landasan aqidah Islam. Semoga Allah SWT memberikan kecemerlangan berfikir dalam merangka strategi politik yang tinggi melalui cara-cara yang benar dan tepat.

Tiada ulasan:

Listen to Quran