Mutiara Kata

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam...
Tidak Sempurna Islam Tanpa Syariah...
Tidak Tegaknya Syariah Tanpa Daulah Khilafah...

11 Jun 2010

Palestin tidak memerlukan kemerdekaan dari Israel dengan membentuk Negara Bangsa yang kecil sebesar Gaza dan Tebing Barat

Palestin tidak memerlukan kemerdekaan dari Israel dengan membentuk Negara Bangsa yang kecil sebesar Gaza dan Tebing Barat yang akhirnya akan terus memperkukuhkan lagi perpecahan umat Islam seluruh dunia yang kini sudah terpecah menjadi 57 buah negara-negara yang kecil dan lemah. Palestin tidak memerlukan bendera kebangsaan yang menaikkan lagi semangat bangsa sedangkan Islam melarang tegas semangat memperjuangkan bangsa. Bendera Rasulullah saw dan umat Islam hanyalah bendera berkalimat Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah! Rasulullah saw hanya memperjuangkan Islam sepanjang hayatnya, bukan bangsa arab. Rasulullah saw bersabda:

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna Putih, sedangkan panji beliau warnanya Hitam." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.
Al-Liwah (bendera)

Ar-Royah (Panji)
Yang Palestin perlukan ialah kesedaran daripada seluruh umat Islam akan pentingnya kesatuan didalam sebuah negara yang akan menggabungkan kekuatan ekonomi, politik, dan sumber tenaga, dan militer sehingga kepakaran dan tenaga 1.57 bilion umat Islam ini dapat digunakan untuk memerangi kaum kuffar, 70% minyak yang berada ditangan umat Islam ini dapat disekat daripada dihadiahkan kepada kaum kuffar. Umat Islam tidak akan dapat bersatu dibawah OIC yang hanya mengutuk tanpa ada apa-apa tindakan. Malah penubuhan OIC itu direstui oleh Amerika kerana dengan adanya OIC, umat Islam tetap akan terpecah menjadi 57 negara kecil yang hanya mementingkan bangsa mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin mereka tidak akan pernah peduli soal umat Islam di Iraq, Afghanistan, Kashmir, Thailand, Chechnya kerana sibuk mempertahankan sempadan bangsa yang telah dihadiahkan oleh penjajah kuffar! Itulah amanat yang diberikan oleh penjajah kuffar kepada pemimpin-pemimpin yang menjadi agen mereka untuk terus mempertahankan perpecahan kaum muslimin sekiranya masih mahu tetap berkuasa! Sungguh mereka telah menjual umat Islam kepada musuh-musuh Allah kerana manfaat kuasa yang ada pada mereka!

Yang diperlukan saudara-mara kita di Palestin saat ini bukanlah sumbangan duit, pakaian, ubat, doa, bacaan puisi, konsert nyanyian untuk mereka dan pemboikotan barangan yahudi. Tetapi yang benar-benar diperlukan oleh mereka saat ini ialah bantuan ketenteraan daipada saudara-mara mereka sehingga darah dibalas dengan darah! peluru dibalas dengan peluru! Kekuatan tentera harus dibalas dengan tentera juga! Bukannya darah dibalas dengan konsert! darah dibalas dengan ubat! Pemikiran seperti apakah ini???!!! Ibaratnya seperti seorang anak kecil yang dibuli oleh seorang pembuli dan hanya dilihat oleh 57 rakan-rakannya. Rakan-rakannya datang dan memberikan duit kepada anak kecil itu agar dapat membeli baju baru yang telah dikoyakkan oleh pembuli itu. Datang lagi seorang rakan memberikan ubat untuk mengubati luka yang diakibatkan oleh pembuli yang tidak berperikemanusiaan itu. Apakah ini yang diperlukan oleh anak kecil itu! Kemudian anak kecil itu berteriak, "Hey! Mengapa kamu semua diam melihat aku dibelasah sehingga berdarah-darah??? Bukankah bilangan kamu ramai??? Sekiranya kamu semua berpakat membelasah pembuli ini nescaya kau tidak akan terus sengsara sebegini!!!" Inilah teriakan saudara kita di Palestin saat ini.

Mereka pada saat ini ingin sekali agar umat Islam kembali bangkit menegakkan sebuah Negara yang benar-benar menerapkan Islam yang akan menegakkan salah satu hukum Islam yang telah lama ditinggalkan iaitu Jihad. Negara itu ialah Daulah Khilafah Islamiyah Ar-Rasyidah yang berjalan diatas minhaj kenabian. Hanya Negara ini yang dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas akan membebaskan kembali umat Islam yang berada di Palestin dan dibelahan dunia Islam yang lain. Maka bangkitlah umat Islam! Kalian diharamkan sekali-kali memperjuangkan bangsa kalian! Memandang bangsa Bangladesh Muslim itu rendah! Memandang umat Islam yang lain itu bukan bahagian daripada kalian! Sungguh, umat Islam pada saat ini, sangat memerlukan Daulah Khilafah! Allahu Akbar

Tiada ulasan:

Listen to Quran