Mutiara Kata

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam...
Tidak Sempurna Islam Tanpa Syariah...
Tidak Tegaknya Syariah Tanpa Daulah Khilafah...

12 Jun 2010

Seminar HTM Jelajah Malaysia 2010 " KEMBALIKAN KHILAFAH, SELAMATKAN DUNIA" Berada di Sandakan Bumi Bawah Bayu


Pada 23 MEI, team Seminar HTM Jelajah Malaysia 2010 bergerak ke Sandakan untuk mengadakan seminar yang bertajuk “KEMBALIKAN KHILAFAH, SELAMATKAN DUNIA” setelah selesai mengadakan seminar di Tawau kemarin. Seminar ini yang pada asalnya sepatutnya diadakan di Masjid Daerah Sandakan, telah dibatalkan oleh pihak masjid di saat-saat akhir setelah mendapat tekanan hebat dari ‘tangan-tangan ghaib’ pihak yang cuba memadamkan cahaya Allah. Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi makar jahat mereka di mana seminar ini akhirnya berjaya di adakan di Dewan Perpustakaan Wilayah Sandakan.

Kami menghadapi sedikit kesukaran untuk memaklumkan (di saat akhir) kepada hadhirin yang agak ramai hadir di Masjid Daerah Sandakan dan sebahagian dari mereka amat kecewa dengan pihak masjid yang tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu, walhal apa yang dianjurkan oleh HTM hanyalah sebuah seminar, bukannya demonstrasi ganas, rusuhan dan sebagainya.

Oleh kerana masalah ini, seminar telah bermula agak lewat sedikit dari jadual tapi segalanya berjalan lancar dengan izin Allah. Seminar ini dibentangkan oleh dua ahli panel, yang pertama Ustaz Umar Hussein selaku Timbalan Presiden HTM dan yang kedua Ustaz Abdul Hakim selaku Presiden. Seminar ini juga disajikan dengan tayangan Video, Pameran Khilafah, Jualan, dan Jamuan ringan.

Pembentangan ahli panel pertama Ustaz Umar Hussein tentang bagaimana Islam  menguasi Dua per Tiga Dunia bermula dengan Daulah (negara) Islam yang pertama di Madinah dan hancurnya Khilafah yang terakhir iaitu khilafah Utsmaniah di Turkey pada 3 MAC 1924 yang mana dahulunya negara Islam yang SATU dan umat Islam bersatu dan akhinya berpecah-belah menjadi 57 buah negarabangsa yang lemah bagaikan buih berterbangan dilautan.

Pembentangan ahli panel yang kedua Ustaz Abdul Hakim yang mana Islam akan kembali MENANG menjadi rahmatan lil alamin dengan Khilafah mengikut jalan keNabian yang telah dijanjikan Allah S.W.T dan telah dikhabar gembirakan oleh Rasulullah S.A.W. yang mana kaum muslimin akan berlindung dibelakang khalifah dan berjihad bersama-sama khalifah untuk menyebar luas syiar Islam. Khilafah kedua kali ini adalah kewajiban yang dijanjikan Allah S.W.T dan ini sahajalah  solusi yang benar bagi kaum muslimim saat ini yang wajib ditempuh dan diperjuangkan walau nyawa meninggalkan jasad sekalipun.

Dalam tayangan  video mengisahkan tentang sampai bila penderitaan umat Islam di seluruh dunia setelah Kafir mengusai dunia hari ini dan  bagaimana hizbut Tahrir memahami  bahawa masalah ini akan selesai  setelah kembalinya kehidupan Islam dengan menegakan kembali Daulah Khilafah ala Minhaj Nubuwah sebagai super power. Dan Hizbut Tahrir bergerak ditengah-tengah umat di  seluruh dunia dengan menyampaikan idea-ideanya kepada umat agar umat bergerak besama-sama Hizbut Tahrir untuk menegakkan kembali KHILAFAH ALA MINHAJ NUBUWAH sebagai suatu wadah perjuang antara hidup dan mati umat Islam.


Pengerusi memulakan majlis dengan menjeput saudara Rizman untuk bacaan Al-Quran dan setelah selesai menjemput kedua-dua ahli panel dan memperkenalkan kepada hadirin.


Alhamdulillah sambutan amat baik dari hadhirin walaupun ada yang lewat sampai kerana telah terlebih dahulu pergi ke lokasi asal di masjid daerah. Dari kehadiran peserta ke seminar ini, khususnya golongan pemuda dan pemudi Islam di sekitar Sandakan telah membuktikan bahawa seruan Khilafah sudah mula diterima dan disahut oleh penduduk negeri di bawah bayu ini.


Para hadirin seminar khusyuk mendengar pembentangan dari salah seorang panel yang kedua iaitu Ustaz Abdul Hakim. Beliau membentangkan Islam yang dahulunya pernah menguasai Dua per Tiga Dunia dengan Khilafah dan sekarang pula, bagaimana Islam akan menguasi di seluruh pelosok dunia dengan Khilafah


Setelah selesai panel pertama membentang pembentangannya disusuli pula dengan tanyangan video dan setelah selesai, seminar berhenti rehat dengan sajian jamuan ringan dan pameran khilafah. Para hadirin khusyuk melihat pameran khilafah terutama para golongan pemuda kerana ramai kalangan mereka yang masih kabur akan Daulah Khilafah. 


Dari persoalan yang dikemukan semasa sesi soal jawab, jelas menggambarkan bahawa umat Islam yang hadir begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Hizbut Tahrir dan Khilafah iaitu sebuah super power yang pernah memayungi dunia Islam selama lebih 1400 tahun lamanya. 

Seminar diakhiri dengan pembacaan doa oleh saudara Rizman.

Tiada ulasan:

Listen to Quran